fbpx
SATU nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih di Tapah. Foto KREDIT MALIM GUNUNG

Jaslinda tinggalkan tulisan di puncak gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah menjejaki puncak Gunung Batu Putih di Tapah.

Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak dikenali sebagai Hafiz berkata, dia yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu telah menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung.

“Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint (tanda) dia ke mana, ke track (laluan) mana. Dia cuma maklum kata dah sampai puncak.

“Kemungkinan dia (Jaslinda) sampai (puncak Gunung Batu Putih) 10 pagi (pada 24 Mei lepas), saya sampai kira-kira 10.45 pagi, saya sedar ukiran tulisan itu sekitar 11 pagi. Jadi, dia nak maklumkan dia dah sampai puncak itu kepada saya,” katanya di sini semalam.

Katanya, tulisan itu tertera ‘Hafiz ambil gambar akak dah sampai’ itu ditinggalkan mangsa berikutan telefon bimbit milik Jaslinda kehabisan bateri sejak peringkat awal pendakian lagi.

Hafiz kemudian mengambil gambar tersebut dengan telefon bimbitnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN