fbpx
ANTHONY pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin-Perlis Inland Port di Padang Besar, hari ini.

Hukuman lebih tegas terhadap pencuri kabel rel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneliti hukuman lebih tegas dikenakan terhadap pencuri kabel landasan kereta api.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kes kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai jenayah biasa kerana memberi kesan besar kepada operasi perkhidmatan rel serta keselamatan pengguna.

Kata beliau, perbincangan telah diadakan dengan KDN bagi melihat keperluan memperketatkan undang-undang sedia ada untuk membendung kegiatan tersebut.

“Kita telah berbincang dengan KDN untuk memperketatkan undang-undang terhadap kes kecurian kabel ini.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai kes kecurian biasa kerana bukan sahaja membantutkan perkhidmatan kita, malah boleh memberi kesan kepada keselamatan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin–Perlis Inland Port (PIP) di sini hari ini.

Katanya, kegiatan itu telah mengakibatkan pelbagai gangguan terhadap operasi KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), khususnya di kawasan utara Semenanjung.

“Selain aspek perundangan, kementerian turut meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih berkesan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Perbadanan Aset Kereta Api,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN