fbpx
Noorzilla Ali ( duduk kanan ) bersama emak mertunya, Nathiah Selamat yang ditemui di Kampung Medan Sari, di Pontian, hari ini ini.Foto Ihsan JBPM.

Warga emas hilang: Nenek Nathiah ikut budak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Warga emas, Nathiah Selamat yang dilaporkan hilang sehari sebelum Hari Raya Aidiladha dijumpai seorang pekerja Indonesia selepas terdengar suara wanita itu meminta pertolongan sewaktu melawat kebun kelapa sawit.

Menurut penduduk, Mohamed Suib Kamso, 50, pada mulanya, pekerja itu tidak dapat memastikan dari mana datangnya suara tersebut, sebelum menyedari Nathiah berada berhampirannya.

Katanya, selepas menjumpai Nathiah, pekerja yang dikenali sebagai Wak Indon berlari menuju kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak jauh dari lokasi tersebut bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika ditemui, Nathiah dalam keadaan kebingungan sebelum pekerja tersebut memberikannya minuman, barulah dia (mangsa) menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

“Nathiah memaklumkan dia berjalan bersama kanak-kanak kecil. Dia juga menceritakan berada di lokasi tersebut dan tertidur selama dua malam sepanjang kehilangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga emas hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari sehari sebelum sambutan Aidiladha.

Mangsa, Nathiah, 77, dijumpai penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi tadi kira-kira 2.4 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian sebelum dihantar ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan kesihatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN