fbpx
Pihak bomba membawa mayat Nur Izzati (gambar kecil) ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menjalani proses bedah siasat.

Sedekahkan al Fatihah untuk adik saya – Kakak Nur Izzati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kakak kepada remaja yang sebelum ini hilang di Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Sabtu lalu memohon agar orang ramai mendoakan Allahyarham adiknya yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.

Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 11.58 pagi di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Kakaknya menerusi akaun @Itshnaa_ di Thread juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat adik keduanya itu.

“Sedekahkan al Fatihah kepada adik saya. Izzati telah kembali ke rahmatullah di hari yang mulia ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga jasa baik anda semua dibalas dengan seribu kebaikan.

“Terima kasih pihak berkuasa kerana berjaya menemui Izzati. Terima kasih para sukarelawan yang bertungkus lumus mencari Izzati,” tulisnya.

Nur Izzati sebelum ini dilaporkan sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor.

Memasuki hari keempat, Allahyarham ditemui meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN