fbpx
SIRIKUNAKORNKUN mendarat di Ojos del Salado pada ketinggian 5,442 meter dari paras laut baru-baru ini. - Guinness World Records

Super Toom mendarat atas gunung berapi tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTIAGO – Seorang penerjun udara dari Thailand menempa nama dalam Guinness World Records selepas mendarat di atas gunung berapi tertinggi dunia di Chile, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Tanaboworn Sirikunakornkun atau lebih dikenali sebagai Super Toom, mendarat di Ojos del Salado pada ketinggian 5,442 meter dari paras laut sekali gus mencatatkan rekod pendaratan payung terjun altitud tertinggi di dunia. 

Percubaan itu dilakukan pada 14 Mac lalu. Pendaratan tersebut mengatasi rekod terdahulu iaitu setinggi 5,317 meter yang bertahan sejak 2023. 

Sirikunakornkun menyifatkan pemandangan di puncak gunung berapi tersebut sangat cantik dan tidak seperti apa yang dilihatnya sebelum ini. 

Dia menambah, kepelbagaian warna daripada mineral yang berbeza di kawasan itu menjadikannya kelihatan seperti pelangi. 

Sirikunakornkun mula melakukan aksi terjun udara sejak 2024 dan dia berjaya menyelesaikan 1,250 terjunan setakat ini, lapor Guinness World Records. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN