fbpx
Salah seorang rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai dipindahkan dari Hospital Ratchanakarin, Narathiwat ke Kota Bharu, Kelantan pagi tadi. - IHSAN ISOC 4

Dua rakyat Malaysia cedera terkena bom Tak Bai dipindahkan ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, di sini semalam telah dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan hari ini.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa, Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, dipindahkan ke Malaysia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi melalui Sungai Golok.

Menurutnya, Unit Keamanan Pasukan Tindakan Khas Santisuk menerima maklumat daripada Hospital Ratchanakarin, Narathiwat bahawa kedua-dua mangsa dipindahkan menggunakan ambulans terus ke Sungai Golok.

“Kami dimaklumkan bahawa ambulans dari Malaysia menjemput mereka di Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sungai Golok di sini sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas SUV jenis Proton X50 yang mereka naiki terkena letupan bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Tak Bai.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan dan letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN