fbpx
Nadia Brian (tengah) bersama rakan selebriti semangat menonton aksi final Piala Malaysia untuk memberi sokongan terhadap JDT di Bukit Jalil malam ini.

[VIDEO] Nadia Brian pilih JDT julang Piala Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal tanah air, Nadia Brian semangat untuk menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Nadia yang berusia 34 tahun berkata, skuad Harimau Selatan bukan sahaja mampu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia, malah mampu melakar kemenangan bergaya 4-0.

“Semua orang teruja untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Sudah tentu Nadia datang untuk JDT tetapi Nadia sangat menghormati dan mengagumi semua pasukan bola sepak di negara ini.

“JDT pun memenangi banyak piala dan insya-Allah, malam ini JDT akan menang lagi. Penyokong perlu menikmati perlawanan ini kerana menang kalah adat pertandingan.

“Saya rasa JDT boleh menang 4-0 kerana mereka ada banyak pemain yang bagus-bagus,” katanya yang hadir dengan memakai jersi ‘away’ JDT.

Sementara itu, penyokong setia Kuching City, Iltizam Shamsul, 39, meluahkan kesetiaan terhadap The Cats walaupun sudah menetap dan bekerja di Johor Bahru.

Iltizam dan keluarga sanggup hadir ke SNBJ dari Johor Bahru untuk memberi sokongan kepada Kuching City.

“Saya harap Kuching City dapat melakar kejutan menang dengan keputusan 2-1.

“Mengenai kos untuk ke sini tidak terlalu tinggi kerana saya dari JB, sekitar RM500 untuk petrol, makan dan penginapan,” kata anak jati Sarawak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN