fbpx
Mohd. Zaki menunjukkan gambar arwah Mohamad Ali (kanan) dan isterinya ketika ditemui pemberita di di Unit Forensik Hospital Jeli, Jeli hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

Pekerja ladang maut tertimbus tanah tak sempat timang anak kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Hajat seorang pekerja ladang untuk menimang anak kelimanya tidak kesampaian apabila maut tertimbus tanah ketika melombong emas secara haram di kawasan anak sungai dekat ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter.

Abang kepada Mohamad Ali, Mohd. Zaki, 41, berkata, isteri kepada adiknya itu sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin pada Ogos ini.

“Bayi yang bakal dilahirkan itu merupakan anak kelima arwah adik dan isterinya, Umi Mastura Mohd. Din, 30. Mereka mempunyai empat orang anak yang berusia dalam lingkungan dua hingga 12 tahun.

“Arwah merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik apabila dia bekerja mengambil upah membaja kelapa sawit dan menoreh getah,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Jeli di sini hari ini.

Mohd. Zaki memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan adiknya itu melalui panggilan telefon kira-kira dua minggu lalu.

Katanya yang bekerja sebagai pemandu lori, dia terus bertolak pulang ke Jeli dari Kuantan, Pahang sebaik sahaja menerima khabar duka itu untuk menguruskan jenazah arwah adik.

“Jenazah Mohamad Ali akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bukit Jering, Kuala Balah di sini selepas selesai urusan bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN