fbpx
Akmal Nasrullah bercakap pada pemberita selepas ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di Putrajaya, hari ini.

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar ukuran baharu kesejahteraan isi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Ekonomi kini sedang meneliti pendekatan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) sebagai antara mekanisme baharu bagi menilai kedudukan sosioekonomi isi rumah dengan lebih menyeluruh dan tepat.

Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, perkara itu kini masih diperingkat perbincangan dan ia dilihat penting bagi mendepani tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata, pendekatan itu dilihat mampu memberi gambaran lebih tepat terhadap keupayaan sebenar sesebuah isi rumah kerana penilaian tidak lagi hanya tertumpu kepada pendapatan kasar semata-mata.

“Penilaian sebaliknya akan mengambil kira komitmen perbelanjaan asas, jumlah tanggungan, lokasi tempat tinggal serta kos kehidupan yang ditanggung keluarga.

“Perbincangan itu dibuat susulan wujud pandangan semakin meluas bahawa pengelasan sedia ada seperti B40, M40 dan T20 tidak lagi mencerminkan secara tepat realiti kehidupan sebahagian rakyat.

“Kita melihat ada keperluan supaya penilaian terhadap kemampuan hidup rakyat tidak dibuat hanya bersandarkan pendapatan semata-mata,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Katanya, konsep PAKW ini akan melihat pendapatan boleh guna bersih selepas ditolak komitmen utama isi rumah.

Akmal berkata, setiap isi rumah mempunyai struktur perbelanjaan berbeza walaupun menerima pendapatan sama dan penilaian satu kelompok pendapatan akan mewujudkan jurang tafsiran terhadap tahap sebenar kemampuan hidup rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN