KOTA BHARU – Semua premis perniagaan terutama kompleks beli-belah dan pasar raya diarahkan untuk menutup operasi sempena sambutan hari pertama Hari Raya Aidiladha pada Rabu depan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelaksanaan itu selari dengan keputusan yang dibuat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Kerajaan negeri memutuskan semua premis makanan segera termasuk kedai serbaneka seperti 7-Eleven, eMart, Family Mart dan perniagaan seperti itu ditutup hingga pukul 1 tengah hari pada hari pertama Hari Raya Aidiladha.
“Kompleks beli-belah dan pasar raya besar pula perlu ditutup sepenuhnya pada hari tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














