KEMAMAN – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) mengalami kerugian lebih RM200 juta setiap tahun disebabkan kehilangan air tidak berhasil (NRW).
Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut berkata, NRW negeri ini kekal tinggi ekoran masalah paip usang dan kerap bocor.
“Sebanyak kira-kira 70 peratus kehilangan air berpunca daripada kebocoran paip, manakala baki 30 peratus pula akibat sambungan tidak sah dan aktiviti kecurian air,” katanya di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Sah di sini hari ini.
Abdul Karim berkata, Satu juga proaktif melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip dengan segera setiap kali menerima aduan kebocoran bagi mengurangkan kadar NRW. – KOSMO! ONLINE













