fbpx
Sani Araby pada sidang akhbar perkembangan terkini misi GSF 2.0 di SNCC, Sepang, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Kapal GSF dirempuh Israel, 428 aktivis diculik termasuk rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 50 kapal misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan termasuk 29 rakyat Malaysia telah diculik Israel.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara itu dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.

“Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan water cannon bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D. Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Katanya, kesemua aktivis merangkumi doktor, pengamal media, kapten, kru kapal dan pembela hak asasi manusia disahkan diculik dari kapal masing-masing di bawah ancaman senjata.

Beliau menambah, ia sebelum pemindakan paksa ke kapal perang rejim dan dipercayai dibawa ke Pelabuhan Ashdod pada 19 Mei.

“Pencerobohan ini turut melibatkan 18 buah kapal yang membawa 29 rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN