fbpx
Mohamad Al Amzar (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Kerani KPTM Ipoh didenda RM5,000, terima rasuah urusan pemasangan karpet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang kerani bahagian pentadbiran di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ipoh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM500 bagi urusan pembekalan dan pemasangan karpet, tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, Mohamad Al Amzar Dualali, 32, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah bersetuju menerima RM500 daripada seorang lelaki berusia 29 tahun di KPTM Ipoh dalam daerah Kinta pada Februari 2025.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan tertuduh telah membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN