fbpx
Keadaan kenderaan Toyota Hilux yang merempuh tiang jenjantas sehingga mengorbankan Sin Yang (gambar kecil).

Penyelia pasar raya maut, Toyota Hilux rempuh struktur jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang penyelia pasar raya maut selepas kenderaan pikap jenis Toyota Hilux dipandunya merempuh tiang jenjantas di Kilometer 84, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kolej Vokasional Dungun, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.05 petang itu, mangsa, Lim Sin Yang, 40, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Jumaidy Bah Chong Weh berkata, sewaktu kejadian, lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Jalan Yahaya Ahmad dari Paka, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas selepas melepasi laluan berselekoh.

“Kenderaan tersebut kemudiannya merempuh tiang jejantas berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jumaidy Bah berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN