fbpx
JENTERA Alex rosak total selepas terlibat dalam insiden kemalangan bersama Acosta di GP Catalan kelmarin. - AFP

MotoGP: Dua pelumba dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Grand Prix (GP) Catalan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua pelumba MotoGP, Alex Marquez dan Johann Zarco dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi yang memaksa perlumbaan dihentikan sebanyak dua kali.

Aksi di Litar Catalunya itu pada awalnya dijangka menjadi pentas pertarungan sengit memburu kemenangan, namun insiden demi insiden yang berlaku mencetuskan kebimbangan besar terhadap keselamatan pelumba.

Kemalangan paling serius membabitkan Alex Marquez berlaku pada pusingan ke-12 ketika pelumba KTM, Pedro Acosta yang sedang mendahului perlumbaan tiba-tiba mengalami masalah teknikal apabila jenteranya hilang kuasa di laluan lurus.

Acosta cuba memberi amaran kepada pelumba lain di belakang, namun agak terlambat apabila Alex yang berada di tempat kedua tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian belakang jentera KTM tersebut.

Pelumba Gresini Racing itu kemudian tercampak bersama motosikal Ducati miliknya sebelum berpusing beberapa kali di udara dan dihantar keluar menggunakan ambulans dalam keadaan sedar.

Pasukan Gresini kemudian mengesahkan Alex mengalami keretakan kecil pada tulang belakang bahagian leher serta patah tulang selangka kanan dan dijadual menjalani pembedahan segera.

“Semua dalam keadaan terkawal. Masa untuk masuk bilik pembedahan malam ini, tetapi saya berada di tangan terbaik. Terima kasih kepada semua atas sokongan dan mesej yang diberikan,” kata Marquez menerusi media sosialnya.

Perlumbaan yang dimulakan semula selepas itu sekali lagi dihentikan apabila Johann Zarco pula terlibat dalam kemalangan ketika cuba membrek di selekoh pertama sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen lutut serta koyakan kecil pada buku lali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN