fbpx
Mohd. Yusoff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis pada Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

65 individu beri keterangan isu ceramah kontroversi Nik Muhammad Zawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Polis merakamkan keterangan daripada 65 individu individu berhubung ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mencetuskan kontroversi selepas dikatakan mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ‘ceti’ ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata, ia turut melibatkan keterangan daripada Nik Muhammad Zawawi sendiri selepas dikatakan menghina sahabat Nabi semasa menyampaikan ceramah politik di Terengganu minggu lalu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Kita menerima sebanyak 63 laporan polis dari seluruh negara melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Muhammad Zawawi semasa ceramahnya.

“Selain itu, polis akan merujuk perkara itu kepada pakar agama bagi menentukan unsur kesalahan sebelum siasatan dilengkapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, Nik Mohamad Zawawi memberi kerjasama baik sepanjang proses rakaman percakapan dijalankan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Muhammad Zawawi yang merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas tampil memberi penjelasan berhubung ceramahnya yang mencetuskan kontroversi selepas dikatakan mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ‘ceti’ ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah.

Menerusi satu video penjelasan yang dikongsikan di Facebook, beliau menegaskan penggunaan istilah tersebut bukan bertujuan menghina atau merendahkan martabat sahabat Rasulullah SAW, sebaliknya sebagai analogi supaya masyarakat lebih mudah memahami realiti sistem ekonomi zalim pada zaman jahiliah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN