fbpx
Gambar hiasan

Suami guru besar ditahan kes intai murid dalam tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki yang merupakan suami kepada guru besar di sebuah sekolah rendah di sini ditahan bagi membantu siasatan kes mengintai murid perempuan di kawasan tandas sekolah tersebut baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, warga emas itu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, seorang sumber yang enggan dikenali berkata, lelaki berusia 60 tahun itu dikatakan kerap dilihat berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran tandas murid sebelum tindakannya disedari beberapa murid perempuan.

Katanya, situasi tersebut mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan murid dan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka di kawasan sekolah.

“Kejadian pertama berlaku kira-kira kira-kira pukul 2.15 petang pada 7 April lalu di kantin sekolah. Empat orang murid perempuan memaklumkan mereka terdengar suara jeritan seorang perempuan dari dalam tandas murid perempuan.

“Murid-murid berkenaan turut mendakwa melihat dua pelajar perempuan tahun dua berada di dalam tandas tersebut sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari tandas berkenaan,” katanya.

Sumber itu mendakwa, lelaki sama kerap dilihat berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang pada awal Mei lalu ketika sesi kelas Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berlangsung.

Katanya, lelaki itu didakwa mengintai pelajar perempuan yang sedang mengambil air sembahyang.

“Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN