fbpx
Gambar hiasan.

Esok hari ketiga SPRM rakam keterangan Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Proses merekod keterangan bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli akan disambung esok.

Proses berkenaan disambung bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Rakaman percakapan Rafizi pada hari ini dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung selama kira-kira 9 jam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Hafaz Nazar berkata, rakaman percakapan Rafizi pada hari kedua telah selesai kira-kira pukul 7 petang.

“Rafizi telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10 pagi.

“Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari ketiga esok yang dijangka dibuat pada sebelah petang,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Rafizi memberi keterangan kepada SPRM selama lapan jam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN