fbpx
Rafizi (tengah) keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan lebih lapan jam hari ini.

Rafizi keluar SPRM selepas lapan jam beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan dijalankan suruhanjaya itu.

Rafizi dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 6.50 petang selepas lebih lapan jam memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

Beliau berkata, proses soal siasat berjalan lancar dan memberi kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat sepanjang tempoh berkenaan.

“Prosesnya berjalan dengan lancar, cuma mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara yang perlu dijelaskan,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan SPRM di sini, hari ini.

Rafizi turut memaklumkan beliau dijangka dipanggil semula bagi membantu siasatan pada hari berikutnya.

“Saya kena datang esok pukul 10 pagi seperti biasa. Kemungkinan juga akan dipanggil untuk beberapa hari lagi, tetapi itu bergantung kepada pihak SPRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN