fbpx
CITY ditabalkan selaku juara Piala FA selepas menundukkan Chelsea pada aksi final di Wembley kelmarin. - AFP

Piala FA: Trofi kedua bukti keinginan besar City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola semakin hampir untuk menyamai rekod mantan pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Guardiola kini sudah melengkapkan trofi ke 41 dalam kariernya selepas menjuarai Piala FA dengan menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley, kelmarin.

Sejak menyertai The Citizens, pengurus dari Sepanyol itu berjaya mengubah kualiti pasukan dan kini melengkapkan trofi ke-20 bersama pasukan sekali gus hanya kurang lapan kejuaraan bagi menyamai rekod milik Ferguson.

Mengulas mengenai aksi final kali ini, Guardiola nyata masih tidak berpuas hati dan melabel prestasi pasukannya pada aksi final dua edisi lepas lebih baik berbanding ketika perhitungan dengan Chelsea, kelmarin.

“Perjalanan kami untuk datang ke sini agak kucar-kacir apabila kami menghabiskan tempoh enam jam kerana isu kelewatan kereta api dan perkara-perkara lain. Enzo Fernandez dan Cole Palmer cukup bahaya, malah di babak kedua, Chelsea bertambah baik.

“Kadang-kadang, inilah bola sepak, walaupun pasukan lawan lebih baik, kami masih mampu mendapatkan jaringan. Sebagai contoh, aksi dengan Crystal Palace dan final sebelum itu menentang Manchester United adalah lebih baik berbanding apa yang kami lakukan kali ini.

“Dalam bola semua ini boleh berlaku dan pastinya kami gembira dengan kejayaan ini. Ia juga beri suntikan semangat untuk terus mencabar dalam saingan liga,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan City menjulang dua piala setakat ini setelah merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris dan menyuntik semangat untuk meneruskan misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris berbaki dua perlawanan lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN