PENYANYI Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian, kali ini bukan dengan sensasi, sebaliknya kebaikan tulus tanpa riuh.
Menerusi satu perkongsian dalam TikTok, pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman itu dilihat menginfaqkan makanan kepada jemaah di sebuah surau di Selangor.
Sejuk hati Diva melihat keikhlasan Amira, apatah lagi dia tidak pernah menghebahkan amal dilakukan.
“Terima kasih Amira Othman atas infaq makanan di Surau Darul Hidayah malam ini.
“Semoga dimurahkan rezeki,” tulis pengurusan surau tersebut.
Lebih menyentuh jiwa, Amira turun padang membantu jemaah walau sarat hamil.
Netizen pula memuji sikapnya yang dilihat sentiasa merendah diri dan tidak menayang kebaikan untuk meraih perhatian. Diva tabik hormat, dalam diam menabur pahala, dalam senyap mengikat rasa hormat.
DIVA: Kecoh pula bila AC Mizal dituduh ‘bias’ jadi juri, kredibiliti dipersoal netizen.














