fbpx
Suspek yang ditahan selepas kejadian tersebut.

Pemandu mabuk rempuh rider direman empat hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tempoh reman lelaki dipercayai memandu secara mabuk sehingga melawan arus dan merempuh penunggang motosikal di Persiaran Kota di sini, dilanjutkan selama empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, lanjutan reman terhadap suspek berusia 30-an itu dibuat selepas tempoh reman asal tamat hari ini.

“Ya, reman disambung selama 4 hari sehingga 19 Mei depan. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya hari ini.

Beliau menambah, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 20-an tersebut masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

Kosmo! semalam melaporkan kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam dengan suspek yang dibawah pengaruh alkohol telah memandu melawan arus sehingga merempuh penunggang motosikal.

Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak dan mengalami kecederaan di badan serta kaki.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dalam dari arah Pelabuhan Klang ke Shah Alam itu telah melawan arus sejauh 3.5 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN