fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 8 negeri hingga 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah seluruh Perlis, Kedah (Langkawi), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” lapor MetMalaysia.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan seluruh Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN