fbpx
Suria (kanan) ketika ditemui di lokasi kejadian dua anaknya mati lemas di Kampung Jeram Manir, Kuala Terengganu hari ini.

Ibu lembam terpinga-pinga dua anak mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Reaksi terpinga-pinga ibu dua beradik perempuan yang maut akibat lemas di Sungai Nerus mencetuskan rasa sayu penduduk kampung.

Suria Sulung, 34, yang merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) lembam seakan-akan tidak mengerti kedua-dua anaknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, dan Nur Afiqah Shahirah Mohd. Shawalluddin, 15, sudah meninggal dunia.

“Kenapa dengan anak-anak saya?,” katanya sewaktu melihat anggota bomba mengangkat mayat kedua-dua anaknya di lokasi kejadian di Kampung Jeram Manir di sini hari ini.

Terdahulu Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah yang merupakan adik-beradik berlainan bapa maut akibat lemas di Sungai Nerus berhampiran Kampung Jeram Manir pada pukul 3 petang.

Mayat kedua-dua beradik tersebut ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 50 meter dari tebing sungai pada pukul 6 petang.

Ibu Suria, Esah Salleh, 76, berkata, dia menjaga kedua-dua cucunya, Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah sejak lahir.

Dia memberitahu Nur Afiqah Shahirah yang merupakan anak sulung dari dua beradik juga OKU lembam.

“Tak lama selepas pulang dari sekolah, mereka (Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah) beritahu ke rumah kawan (Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, dan Nurul Ain Fatihah Mohd. Zamri, 12).

“Mereka tak kata pula mahu mandi sungai. Berderau hati saya apabila dimaklumkan kejadian lemas pada rumah pukul 3 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN