fbpx
SEBUAH pesawat ringan melakukan pendaratan cemas di padang Stadium LADA di Langkawi hari ini.

Pesawat ringan buat pendaratan cemas di stadium Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Sebuah pesawat ringan membuat pendaratan cemas di padang Stadium LADA, Kuah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.27 pagi itu, juruterbang lelaki berpangkat kapten dan seorang wanita yang merupakan kadet juruterbang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kejadian berlaku ketika pesawat jenis Diamond 40 TDI, Training Flight 9M-HMJ sedang dalam latihan penerbangan.

Katanya, siasatan awal mendapati penerbangan latihan di sekitar Langkawi itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Kira-kira pukul 10.20 pagi, sewaktu berada di ruang udara Kuah, kapten merasakan terdapat masalah kuasa pada enjin pesawat. Kapten segera memaklumkan kepada menara kawalan dan mencari lokasi selamat untuk membuat pendaratan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kira-kira tujuh minit kemudian, pesawat itu berjaya melakukan pendaratan cemas di Padang B, Stadium LADA dengan selamat.

“Pemeriksaan awal mendapati roda hadapan pesawat patah semasa pendaratan dilakukan. Tiada kecederaan fizikal dialami kedua-dua juruterbang. Pasukan siasatan Kementerian Pengangkutan turut hadir ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN