fbpx
TANGKAP layar yang tular menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan di Kilometer 4, Jalan Lipis-Felda Kechau berhampiran Hotel Star Well di Lipis pada 5 Mei lalu.

Tiga remaja ditahan, motosikal disita selepas aksi ‘wheelie’ tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ di Kilometer 4, Jalan Lipis-Felda Kechau berhampiran Hotel Star Well, di sini mengundang padah apabila tiga remaja berkenaan berjaya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, tindakan itu diambil susulan video berdurasi 22 saat yang tular di Facebook Komuniti Anak-anak Lipis bertulis ‘Meriah bandar lipis ni’ yang dimuat naik pada 5 Mei lalu.

“Bertindak atas maklumat tersebut, dua pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah menjalankan Op Samseng Jalanan semalam di sekitar kawasan bandar Kuala Lipis.

“Tiga lelaki warganegara tempatan berusia antara 19 hingga 20 tahun berjaya ditangkap, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN