NIAT sekadar berseronok, namun tanpa sedar mereka terpaksa melalui peristiwa yang menyeramkan. Itulah yang dialami oleh sekumpulan remaja dari Malaysia ketika menyertai Pesta Songkran di Chiang Mai, Thailand pada tahun lalu. Baru pertama kali menyertai acara air tahunan terbesar itu, Elina (bukan nama sebenar) dan tiga rakannya tidak peka tentang peraturan sambutan itu. Ketika kejadian itu, jam sudah menghampiri pukul 7 malam dan suasana yang tadi meriah kini bertukar sunyi secara perlahan-lahan. Ramai orang sudah meninggalkan lorong-lorong basah yang tidak……














