fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Muhdderamir memaparkan rumahnya di Puncak Alam yang kelihatan bersepah.

[VIDEO] ‘Dia main sepah-sepah barang pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misteri gangguan ketukan pintu di sekitar Puncak Alam menjadi semakin rumit dan menyeramkan apabila ada penduduk yang mula mendakwa mengalami gangguan fizikal di dalam kediaman mereka.

Seorang penduduk di perumahan Eco Grandeur, Puncak Alam, mendakwa rumahnya bukan sahaja diganggu, malah disepahkan oleh entiti yang tidak dikenali dalam kejadian awal pagi, baru-baru ini.

Menceritakan detik cemas tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Muhddaremir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika dia mahu menggunakan bilik air.

“Habis keluar toilet (bilik air) tu, saya terus ke ruang tamu untuk buka lampu sebab keadaan masih gelap. Tengok-tengok semua (barang) dah berterabur.

“Sedangkan rumah ini saya hanya duduk berdua dengan housemate (rakan serumah) sahaja,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian aneh itu berlaku, kediamannya memang sudah kerap diganggu dengan pelbagai kejadian, namun insiden kali ini adalah yang paling teruk pernah dialaminya.

Tambahnya lagi, setakat ini dia tidak mendengar rungutan daripada jiran terdekat mengenai masalah rumah disepahkan, namun mengesahkan kawasan kejiranannya memang sedang hangat dengan isu ketukan misteri tersebut.

“Rasanya macam tak ada rumah lain kena sepah. Area (kawasan) sini banyak kena ketuk-ketuk sahaja,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berasa bimbang dengan kejadian yang berlaku.

“Aku ni kalau dengar bunyi orang ketuk okay lagi. Tapi kalau dah mula masuk rumah aku pun seram,” ujar Norfaizahtulfazira.

“Masa tengok video ini meremang bulu roma aku weh,” kata Syamieraabdullah pula. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN