fbpx
Gambar hiasan

RM1 juta baik pulih kuarters kritikal di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi kerja baik pulih kuarters yang kritikal dan memerlukan tindakan segera di Johor bagi memastikan kebajikan pasukan barisan hadapan terus terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu melibatkan kuarters anggota polis dan tentera sebagai usaha Kerajaan Madani menyantuni penjawat awam yang bertugas mempertahankan keselamatan negara.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini telah menyediakan pelbagai peruntukan untuk perumahan anggota tentera dan polis, namun masih terdapat beberapa kawasan yang memerlukan perhatian segera.

“Saya lihat di beberapa perumahan polis, walaupun sejak tiga tahun lalu kita mula menyiapkan dan memberikan peruntukan kepada perumahan tentera dan polis, masih ada kawasan yang keadaannya agak teruk.

“Saya sendiri pergi ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah dan Pulau Banggi, di mana anggota polis dan tentera bertungkus-lumus bekerja dalam keadaan panas dan tidak selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Madani Kita bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Dataran Segamat serta Program Jom! Makan Durian di Taman Yayasan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan merangkap Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran.

Tambah beliau, keadaan beberapa kuarters didapati mengalami kerosakan teruk berikutan faktor usia bangunan yang sudah lama dan usang.

“Saya singgah kira-kira 10 minit di Balai Polis Muar baru-baru ini dan saya lihat ada perkara yang perlu dibaiki.

“Hari ini saya tidak mahu pergi ke Balai Polis Segamat sebab saya takut keadaannya juga teruk. Jadi saya tahu ada masalah dan untuk kuarters polis yang memerlukan peruntukan segera, saya luluskan RM1 juta untuk diagihkan bagi tindakan segera sebelum Belanjawan Oktober nanti,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN