fbpx
ANGGOTA APM memantau kawasan terjejas banjir di daerah Bandar Baharu, malam ini. Foto IHSAN APM BANDAR BAHARU

[VIDEO] Hujan lebat 2 jam cetus banjir di Bandar Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR BAHARU – Hujan lebat berterusan selama lebih dua jam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

Setakat pukul 9 malam tadi, sebanyak empat rumah di Kampung Sungai Tengas dilaporkan terjejas, manakala di Kampung Air Itam Dalam masih dalam proses bancian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pemantauan dijalankan di Kampung Sungai Tengas dan Kampung Air Itam Dalam selepas paras sungai di kawasan itu berada pada tahap bahaya.

“Sebanyak empat rumah di Kampung Sungai Tengas telah dinaiki air manakala jumlah rumah terjejas di Kampung Air Itam Dalam masih dalam proses bancian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, anggotanya telah digerakkan ke lokasi terlibat bagi menjalankan operasi pemantauan dan bantuan awal.

“Anggota turut membantu mangsa mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi selain memantau paras air sungai utama di kawasan berisiko, ” ujarnya.

Menurutnya, pemantauan akan terus dilakukan susulan keadaan cuaca yang masih hujan lebat .

“Pemantauan mendapati Sungai Terunsing dan Sungai Terap Dalam berada pada paras bahaya manakala Sungai Punti masih dalam keadaan normal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN