PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menegur sikap segelintir masyarakat yang gemar mengaitkan keadaan badan tidak sihat seperti pening kepala, perut kembung dan dada berdebar dengan ‘angin’, sedangkan ia mungkin berpunca daripada masalah kurang tidur.
Menerusi satu hantaran di Facebook, PHM berkata, ramai individu tidak menyedari rutin harian seperti tidur lewat, bangun awal dan kurang rehat boleh memberi kesan besar kepada kesihatan fizikal serta emosi.
Menurut PHM, kurang tidur boleh menyebabkan seseorang berasa cepat marah, sukar fokus, lapar tidak menentu selain tubuh menjadi lesu dan sistem imunisasi menurun.
“Badan kita bukan ‘powerbank’. Tak boleh cas 12 peratus tapi paksa berfungsi macam 100 peratus.
“Kadang-kadang bukan angin. Kadang-kadang badan cuma sedang merayu, ‘tolonglah bagi aku rehat’,” katanya. -KOSMO! ONLINE














