fbpx
Sebahagian lelaki warga asing disyaki PATI yang diberkas dalam operasi sekitar Kampung Seri Bandi, Kemaman baru-baru ini.

Tauke lombong haram disyaki pasang CCTV lindungi pekerja PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pengusaha-pengusaha lombong bijih besi haram yang beroperasi di Ketengah Jaya di sini disyaki sanggup memasang televisyen litar tertutup (CCTV) semata-mata melindungi pekerja mereka terdiri dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pemasangan CCTV berhampiram kawasan perlombonhgan dan rumah kongsi dipercayai bagi mengesan kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyasar PATI yang bekerja di lombong mereka.

Pengarah JIM Terengganu, Mohd. Yusri Mohd. Nor berkata, risikan mendapati rumah kongsi PATI terbabit juga dibina secara berselerak di dalam kawasan hutan berhampiran lombong bijih besi berkenaan.

“Risikan kami sebelum ini mengesan sekurang-kurangnya lima lombong bijih besi haram beroperasi secara haram di dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Seri Bandi, Hulu Chukai, di sini.

“Begitupun serbuan yang dilakukan pada minggu lalu mendapati kawasan penempatan dan perlombongan itu telah dikosongkan serta-merta seolah-olah mereka sudah menghidu awal kehadiran pasukan penguat kuasa JIM,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, serbuan ke kawasan perlombongan tersebut agak mencabar kerana ia hanya boleh dilalui kenderaan pikap.

Beliau berkata, selain laluan berbukit yang memerlukan pemanduan kira-kira 30 minit dari jalan utama, pasukan penguat kuasa JIM terlibat juga perlu melepasi pondok pengawal yang bukan sahaja dilengkapi CCTV malah palang besi berkunci.

“Kami terpaksa memotong mangga yang mengunci palang besi tersebut dengan mangga dengan alat pemotong besi.

“Sebaik tiba di kawasan perlombongan tersebut dan rumah kongsi di sasar pada pukul 3 pagi, hanya terdapat 10 lelaki asing kebanyakannya warga Bangladesh disyaki PATI yang tidak sempat melarikan diri kerana sudah tertidur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN