fbpx
Kepulan asap tebal naik ke udara di Zon Industri Minyak Fujairah. - X

Iran nafi serang UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN — Angkatan tentera Iran menafikan ia melancarkan sebarang serangan peluru berpandu atau dron ke atas Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam beberapa hari kebelakangan ini, lapor portal berita Middle East Monitor. 

Jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran menegaskan tiada operasi sedemikian dijalankan sambil menambah, sebarang tindakan ketenteraan akan diumumkan dengan jelas dan rasmi.

Jurucakap itu menyifatkan tuduhan oleh Kementerian Pertahanan UAE sebagai ‘tidak berasas’. 

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya serangan terhadap Iran berasal dari wilayah UAE, Tehran akan melancarkan tindak balas yang ‘tegas dan membawa penyesalan’.

Jurucakap berkenaan turut menuduh UAE membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel beroperasi dari wilayahnya serta menggesa pihak berkuasa supaya tidak menjadi pangkalan bagi apa yang beliau sifatkan sebagai ‘kuasa bermusuhan’.

Amaran itu dikeluarkan di tengah-tengah peningkatan ketegangan di rantau Teluk, termasuk laporan serangan hari kedua berturut-turut yang menyasarkan UAE.

Pihak berkuasa UAE memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara memintas gelombang peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran, dengan serangan terdahulu mencetuskan kebakaran besar di Zon Industri Minyak Fujairah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN