fbpx
KEADAAN sebuah kenderaan terlibat kemalangan di KM 29.4 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampar, semalam. Foto PDRM

Kanak-kanak 10 tahun maut dirempuh pemandu Toyota Hilux positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu lelaki dipercayai positif ganja di Kilometer 29.4, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, dalam kejadian pada pukul 1035 malam itu, Jayden Leong Zhi Yung, 10, yang merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Bezza meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

“Nahas turut mengakibatkan seorang lagi penumpang berusia 13 tahun cedera di kepala dan kaki, manakala pemandu kereta pula cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 44 tahun dari arah Ipoh ke Kampar dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. Kenderaan itu kemudian melanggar kereta mangsa dan sebuah lagi kereta Perodua Myvi di laluan sama,” katanya.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan Zhi Yung maut di tempat kejadian, manakala dua yang lain cedera. Pemandu Toyota Hilux dan pemandu Perodua Myvi yang merupakan pelajar lelaki berusia 23 tahun tidak cedera.

Polis kemudian menahan pemandu trak pikap tersebut untuk siasatan lanjut selepas ujian saringan awal air kencing dipercayai positif ganja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN