fbpx
Mohd. Nawi (dua dari kanan) ditemui selamat selepas lima hari terselamat di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun hari ini.

Pencari gaharu ditemui selepas lima hari tersesat dalam Hutan Bukit Bauk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pencari kayu gaharu yang tersesat lima hari di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk di sini akhirnya berjaya ditemui selamat dalam keadaan keletihan dan kelaparan di kawasan hutan tersebut berhampiran Kampung Binjai di sini hari ini.

Mohd. Nawi Ismail, 55, ditemukan seorang pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang kebetulan melalui kawasan hutan tersebut yang ke ladang getah berhampiran pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, Mohd. Nawi ditemui dalam dalam keletihan dan kelaparan di dalam sebuah pondok yang terdapat di dalam hutan berkenaan.

“Lokasi mangsa ditemui kira-kira 2.3 kilometer dari lokasi dia kali terakhir dilihat adik dan rakannya yang turut memasuki hutan untuk mencari kayu gaharu pada hari kejadian.

“Dia telah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun di sini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohd. Nawi dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas memasuki hutan simpan tersebut bersama adik lelakinya, Surini, 42, dan rakan Azman Abdul Wahab, 36, untuk mencari kayu gaharu.

Dia yang berada di belakang Surini dan Azman tiba-tiba hilang sewaktu dalam perjalanan keluar hutan berkenaan pada pukul 6 petang, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN