fbpx
NOR SHAHIRA didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menipu warga asing menyamar sebagai staf HSA, Selasa lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

Penganggur menyamar staf HSA tipu warga asing didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur wanita didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah memperdaya seorang lelaki warga asing bagi membayar RM700 bagi proses discaj di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Nor Shahira Abdul Razak, 29, dikenakan hukuman denda itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Tertuduh turut diarahkan menjalani hukuman penjara lima bulan. Bagaimanapun, tertuduh membayar hukuman denda itu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa telah memperdaya dengan curang sehingga mendorong Gazee Israfil supaya menyerahkan wang berjumlah RM700 kepada kamu bagi proses ‘discharge’ di HSA di mana penama tersebut tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan oleh kamu.

Perbuatan itu dilakukan di kaunter polis bantuan unit hasil dan bilik daftar masuk HSA, pada Selasa lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Heng Wang Qianwei.

Wang Qianwei dalam rayuannya, memohon hukuman yang ringan dikenakan terhadap anak guamnya yang tidak bekerja selain terpaksa menanggung ibu bapa yang uzur dan adiknya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang dipercayai sukarelawan menyamar sebagai kakitangan HSA bagi memperdaya seorang lelaki warga asing telah ditahan polis kira-kira pukul 6.30 petang di hospital berkenaan, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek wanita itu mengambil kesempatan terhadap seorang buruh kasar warga asing yang mendapat rawatan di hospital berkenaan dengan bayaran RM700.

Raub turut menafikan suspek berkenaan adalah sebahagian daripada sukarelawan Southern Volunteer (SV) yang ditempatkan di hospital berkenaan sejak tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN