fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Penganggur didakwa bunuh rakan, 2 bulan sorok mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya sebelum menyembunyikan mayat mangsa di dalam tilam sehingga reput selama dua bulan, Mac lalu.

Tertuduh, Kamil Harris Mohd. Abd. Nasir, 40, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.

Tiada pengakuan direkodkan daripada penganggur itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh seorang lelaki berusia 40 tahun antara pukul 10 malam 30 Mac 2026 hingga 3 pagi pada 31 Mac 2026.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dengan Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 29 Julai sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN