fbpx
PETUGAS kesihatan menyertai simulasi protokol pemindahan mayat pesakit Ebola di Daerah Kajiado, Kenya. – AFP

Jangkitan Ebola melepasi 3,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA – Lebih 3,000 kes  Ebola, termasuk 1,354 kematian direkodkan di Republik Demokratik Congo(DRC),  kata beberapa pegawai semalam.

DRC kini bergelut dengan wabak Ebola ke-17. Kawasan paling teruk terjejas ialah wilayah Ituri, timur laut negara Afrika Timur itu yang dilanda keganasan selama beberapa dekad.

Sebanyak 3,075 kes disahkan di lima wilayah DRC, demikian  menurut angka rasmi, selepas wabak Ebola melepasi angka 2,000 kes, 15 Julai lalu.

Pihak berkuasa menyatakan, pengesanan dan ujian yang lebih baik membantu mengenal pasti lebih banyak jangkitan.

Wabak diisytiharkan pada 15 Mei 2026  itu berpunca daripada varian Ebola Bundibugyo, yang mana tiada vaksin atau rawatan khusus untuknya.

Wabak itu dijangka berlarutan selama beberapa bulan lagi, manakala mogok  petugas kesihatan yang menuntut gaji tertunggak mengganggu usaha tindak balas di beberapa hospital.

Ebola  yang merebak melalui sentuhan dengan cecair badan pesakit dan menyebabkan demam berdarah, membunuh lebih 15,000 orang di seluruh Benua  Afrika sejak 50 tahun lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN