fbpx
SERAMAI 94 PATI dihantar pulang ke negara asal melalui KLIA, hari ini. - Foto JIM KEDAH

94 PATI dihantar pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seramai 94 tahanan warga asing yang ditempatkan di Depot Imigresen Belantik di sini dihantar ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jabatan Imigresen (JIM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, tahanan yang dihantar pulang menerusi Program Penghantaran Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu adalah dari tujuh negara iaitu Bangladesh, China, Mesir, Kenya, India, Pakistan dan Myanmar.

“Kesemua PATI yang dihantar pulang terdiri daripada 82 lelaki dan 12 wanita yang sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Belantik,” katanya di sini hari ini.

Katanya, tahanan yang terlibat melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 termasuk memasuki negara ini tanpa pas atau permit sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“Kesemua mereka telah selesai menjalani hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI yang terlibat turut disenaraihitamkan dalam sistem JIM bagi menghalang kemasukan semula ke negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, program penghantaran pulang itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JIM negeri dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen serta memastikan setiap warga asing yang berada di Malaysia mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN