fbpx
Tangkap layar video tular dakwaan rumah flat dipercayai dibina oleh warga asing di Sungai Tekali, Hulu Langat.

[VIDEO] ‘Tolong lapor flat haram ni sampai kena roboh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu perumahan flat empat tingkat didakwa dibina warga asing secara haram di kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Ia dibina seolah-olah ‘asal boleh’ dengan struktur dinding, tingkap dan pintu tidak sempurna dengan zink dijadikan sebagai penghadang atau pagar.

Video rumah itu tular di media sosial selepas dipercayai dirakam pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin.

Menerusi video tersebut, Azad memaklumkan, dia melihat flat berkenaan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Hulu Langat.

“Assalamualaikum guys (kalian), saya tengah shooting (penggambaran) di Langat. Saya suruh PA (pembantu peribadi) berhenti semata-mata nak tengok, saya tak faham tentang rumah ini.

“Ini rumah apa, rumah buat sendiri ke ni? Saya tak faham, peliklah, macam mana kira rumah ini? Aku tak faham, ada rumah macam ini kat sini? Aku sebenarnya dekat mana ni,” soalnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila video tersebut dirakam, namun ia tular susulan isu berkaitan warga asing menjadi panas ketika ini.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat Malaysia termasuk penduduk Hulu Langat yang mengakui wujud flat haram tersebut didakwa dibina warga asing dan dipercayai tiada kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Flat haram ini sudah lama bina kat Sungai Tekali, Hulu Langat dan ya, Rohingya duduk situ. Dulu ada notis kalau tak silap, tapi diorang (mereka) masih bangunkan flat haram. Entah bila nak robohkan, elektrik pun curi,” dakwa seorang pengguna Thread di ruangan komen.

“Sesiapa di kawasan berhampiran, tolong lapor flat haram ini sampai kena roboh. Lapor setiap hari,” balas pengguna lain.

“Macam itu sahaja dia tambah rumah atas rumah. Yang duduk paling bawah, tak seram ke?,” kata seorang lagi individu.

“Itu belum masuk curi air, curi elektrik lagi,” komen pengguna Thread lain.

“Kat Sungai Tekali. Memang ada beberapa penempatan haram Rohingya kat situ, ni salah satu. Ada yang belakang rumah tepi sungai jalan menghala Sungai Tekala,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN