fbpx
Tangkap layar video orang ramai cuba membantu mangsa kemalangan itu di Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran, Klang.

Lelaki warga emas maut MPV terbalik langgar batu bucu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya melanggar batu di bucu sebuah rumah dan terbalik di Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran di sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 60-an yang memandu Toyota Avanza meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan beberapa individu memecahkan cermin dan menolak sebuah kenderaan di lokasi itu.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Jalan Bukit Kerayong menghala ke Jalan Banting.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar struktur batu di bucu sebuah rumah di tepi jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbalik secara mengiring di bahu longkang. Tindakan orang awam cuba mengalihkan kenderaan itu menyebabkan kenderaan terjatuh ke dalam longkang bersama mangsa,” katanya hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN