fbpx
Razali (tengah) meninjau pencemaran sisa minyak pelincir di Pantai Teluk Kalong, Kemaman baru-baru ini.

Kapal dagang punca pencemaran Pantai Teluk Kalong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pencemaran tumpahan minyak pelincir yang berlaku di Pantai Teluk Kalong di sini sejak seminggu lalu dipercayai berpunca daripada sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, tumpahan itu dipercayai berlaku sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti kapal terlibat. Harap tindakan tegas dapat diambil kepada pemiliknya.
“Kes pencemaran ini amat dipandang serius dan kita tidak boleh berkompromi,” katanya ketika meninjau kesan pencemaran di Pantai Teluk Kalong di sini baru-baru ini.

Razali berkata, sampel minyak pelincir tersebut telah diambil oleh JAS untuk dianalisa di makmal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal itu berkata, pemantauan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada sisa minyak pelincir terbabit mendatangkan bahaya kepada pelancong untuk melakukan mandi-manda.

“Kerja-kerja pembersihan tompokan minyak sedang dilakukan oleh kontraktor dilantik Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Kapal-kapal yang berlabuh di perairan di negeri ini juga dinasihatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditempatkan bagi mengelak insiden sama berulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN