fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penduduk beramai-ramai mengutip ikan yang bertaburan di lantai stesen minyak. - TikTok 

Stesen minyak ‘dibanjiri’ beribu-ribu ikan keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Klaten, wilayah Jawa Tengah dirakam membantu mengutip beribu-ribu ikan keli yang memenuhi sebuah stesen minyak, lapor portal berita Kumparan News. 

Kejadian berlaku di stesen minyak Cokro di Tulung pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan ikan-ikan itu bertaburan di lantai selepas pintu tangki lori yang mengangkutnya  tiba-tiba terbuka. 

“Pintu tangki lori terbuka akibat gegaran, menyebabkan ikan-ikan ini terlepas. Kenderaan itu tidak terbalik, hanya ikan keli sahaja yang tumpah. 

“Lantai stesen minyak dibanjiri ikan keli,” kata seorang pekerja. 

Dia menambah, penduduk yang menyaksikan kejadian itu segera membantu menangkap ikan yang terlepas lalu diletakkan ke dalam tong sampah. 

“Kami menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk mengutip ikan keli. Stesen minyak kini beroperasi seperti biasa,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN