fbpx
MFL telah mengadakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2026 yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato’ Ab Ghani Hassan (dua dari kiri) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Piala Malaysia: JDT-Kuching City berentap di SNBJ, tiket serendah RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi final Piala Malaysia edisi 2026 melibatkan Kuching City menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 23 Mei depan.

MFL dalam satu kenyataan turut mendedahkan empat kategori tiket akan diagihkan secara sama rata kepada pasukan The Cats dan Harimau Selatan dengan harga bermula RM50.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket seperti final edisi sebelum ini.

“Meskipun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran namun pihak MFL masih mengekalkan harga tiket empat kategori utama yang ditawarkan kepada penyokong kedua-dua pasukan.

“Struktur harga tiket masih sama seperti sebelum ini, dengan harga bermula RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission (GA50 & GA70). Selain itu, tiket Premium ditawarkan pada harga RM150 manakala VIP Grandstand berharga RM200.

“Dengan pengumuman awal harga tiket ini kami berharap penyokong JDT dan Kuching City FC dapat membuat persiapan awal dalam merancang perjalanan mereka ke Stadium Nasional untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

“Apatah lagi bagi penyokong Kuching City FC yang bakal merasai pengalaman beraksi di pentas final buat kali pertama, MFL berharap informasi awal ini dapat memberi masa yang cukup untuk mereka membuat perancangan perjalanan dengan lebih teratur.

“Seperti amalan sebelum ini, bagi urusan penjualan tiket pula, ia akan diuruskan sepenuhnya oleh kedua-dua pasukan finalis. Kaedah ini dilihat lebih tersusun dan memberi peluang yang lebih adil kepada penyokong untuk mendapatkan tiket,” kata Mohd Shazli dalam satu kenyataan.

Penyokong boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak JDT dan Kuching City FC dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN