fbpx
Muhammad Firdaus (baju putih) didakwa menyebabkan kematian anak angkat lelakinya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Kelindan lori mengaku salah menyebabkan kematian anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang kelindan lori berhadapan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anak angkat lelakinya pada minggu lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Firdaus di sebuah rumah di Kampung Banggol Katong di sini kira-kira pukul 6 petang, 11 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimim 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Muhammad Firdaus didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama dengan menggunakan sebatang rotan di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Kosmo 15 April lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai akibat didera keluarga angkatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN