fbpx
Keadaan sebuah Perodua Myvi selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong, Simunjan, Sarawak, pagi ini. Foto IHSAN JBPM

Dua remaja maut tercampak keluar dari Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua remaja perempuan maut selepas tercampak keluar daripada sebuah Perodua Myvi dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong, Simunjan, Sarawak, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Nurfazilah Ramli, 19, bersama seorang lagi remaja perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Myvi, Harudin Ramli, 30, turut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori yang dipercayai mengalami kerosakan.

“Akibat pelanggaran itu, dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Katanya, anggota bomba bertindak mengangkat kedua-dua mangsa maut ke tempat selamat sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan turut menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak serta serpihan kemalangan bagi memastikan laluan selamat digunakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN