fbpx
AL-AHLI berpeluang untuk mempertahankan gelaran juara ACLE selepas menempah slot final dengan membenam Vissel Kobe awal pagi semalam. - FB AL-AHLI

ACLE: Al-Ahli layak digelar ‘raja kebangkitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Juara bertahan, Al-Ahli membuktikan mentaliti juara apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Vissel Kobe 2-1 sekali gus mara ke final Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium King Abdullah itu, wakil Jepun itu terlebih dahulu mengejutkan menerusi jaringan Yoshinori Muto tetapi tuan rumah bangkit hasil penyudah Galeno dan Ivan Toney untuk mengesahkan slot ke perlawanan akhir.

Kemenangan itu membawa Al-Ahli ke final buat kali kedua berturut-turut, sekali gus membuka peluang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Al-Ittihad melakukannya pada edisi 2004 dan 2005.

Pengendali Al-Ahli, Matthias Jaissle mengakui aksi separuh akhir sentiasa sukar dan perlawanan kali ini ditentukan oleh detik genius daripada barisan pemain.

“Kami sangat bangga dapat ke final lagi kerana ia sesuatu yang istimewa dan satu penghormatan besar. Secara peribadi, ia bukan perlawanan mudah dan pada tahap ini, segala-galanya ditentukan oleh momen magis pasukan,” katanya.

Sementara itu, Galeno mengakui tidak percaya apabila muncul wira buat kali kedua selepas turut menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir.

“Meskipun ketinggalan 0-1. kami tetap yakin boleh bangkit. Mengenai jaringan, saya sebenarnya tidak melakukan rembatan jarak jauh, tetapi saya dengar semua orang menjerit ‘shoot’, jadi saya terus cuba dan bola menerjah jaring,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN