fbpx
SAFUWAN (tengah) turut menerima layangan kad merah ketika Selangor terkandas di separuh akhir Piala Malaysia. - FB KUCHING CITY FC

Piala Malaysia: Selangor masih ada misi penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELANGOR FC tidak memiliki banyak masa untuk meratapi kegagalan layak ke final Piala Malaysia selepas tewas 1-2 secara agregat kepada Kuching City.

Walaupun tidak boleh dinafikan kekecewaan yang menghimpit pasukan, fokus harus segera dialihkan bagi mengesahkan status naib juara Liga Super musim ini apabila The Cats dan Kuala Lumpur City ketika ini menjadi pencabar terdekat.

” Apa yang pasti kami tidak boleh terus berasa kecewa. Kami masih ada banyak perlawanan selepas ini dan kami perlu menjadikan perlawanan kali ini (menentang Kuching City) sebagai pengajaran,” kata penolong ketua jurulatih, Lee Soon-seok.

Kekalahan ini menyaksikan peminat Gergasi Merah perlu terus bersabar untuk melengkapkan Misi 34 selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2015.

Pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri, kelmarin, jaringan tunggal Petrus Shitembi pada minit ke-31 sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 sekali gus memastikan kemaraan Kuching City ke final untuk bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Selangor FC turun tanpa kelibat pengendalinya, Kim Pan-gon di garisan teknikal tepi padang, malah turut kehilangan khidmat penyerang utamanya, Chrigor Moraes.

Bagaimanapun, perlawanan itu diwarnai dua layangan kad merah kepada Safuwan Baharudin dan Mukhairi Ajmal Mahadi sekali gus menyukarkan usaha Selangor untuk mempamer kebangkitan.

“Walaupun kekurangan pemain, mereka tetap menunjukkan semangat juang tinggi hingga wisel penamat. Itu menunjukkan identiti dan karakter pasukan, jadi saya mewakili ketua jurulatih ingin memohon maaf kepada semua penyokong,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN