fbpx
Skuad Sang Penyu dijadual mengharungi empat perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Vietnam, Hong Kong dan Thailand di Bangkok nanti. Foto ihsan TFC

TFC terbang ke Bangkok untuk aksi pramusim 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) akan mengharungi aksi pramusim di Bangkok, Thailand selama 10 hari  sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, aksi pramusim tersebut akan menjadi platform terbaik bagi memantapkan aspek taktikal selain memberi peluang kepada pemain membina keserasian sebelum tirai liga dibuka.

Menurutnya, semua pemain skuad Sang Penyu dijangka akan lengkap minggu ini sebelum berlepas ke Bangkok bagi menyertai kem latihan tersebut.

“Kita akan berkampung di Bangkok selama 10 hari bermula 29 Julai ini untuk fokus kepada latihan dan aksi pramusim bagi meningkatkan lagi tahap persiapan pasukan.

“Insya-Allah minggu depan semua pemain akan lengkap, jadi mereka dapat bersama-sama berlatih dan beraksi di Bangkok nanti supaya kita dapat membentuk keserasian pasukan lebih awal,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN