fbpx
KEADAAN kedai makan di medan selera Taman Kota Jaya yang lengang susulan insiden tembakan melibatkan tiga maut tengah hari semalam.

Medan selera lokasi tiga mati ditembak lengang, peniaga tutup kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Medan selera di Taman Kota Jaya di sini yang menjadi lokasi insiden tembakan sehingga meragut tiga nyawa semalam bertukar lengang selepas segelintir peniaga memilih untuk tidak beroperasi hari ini.

Tinjauan mendapati hanya beberapa premis makanan dibuka seperti biasa, manakala kedai milik mangsa dan beberapa kedai berhampiran lokasi pembunuhan tersebut ditutup.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shamer, 30, berkata, kejadian tembak itu mengejutkan kerana kawasan tersebut sebelum ini harmoni walaupun melibatkan peniaga pelbagai kaum.

“Biasanya peniaga Cina membuka kedai untuk sarapan pagi, manakala kedai Melayu ada yang buka waktu pagi tetapi kebanyakannya menjual makanan tengah hari dan malam.

“Keadaan lengang ini mungkin hanya dua atau tiga hari sebab orang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya rasa keadaan akan kembali seperti biasa tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan jumlah tembakan yang dilepaskan suspek berusia 71 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mabuk ketika kejadian. Polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN